Daftar
Daftar untuk akaun MyPay dengan melengkapkan butiran peribadi seperti nombor MyKad, nombor telefon bimbit dan alamat emel anda.
e-KYC
Lengkapkan proses verifikasi anda dengan memuat naik gambar MyKad anda bersertakan swafoto. Proses ini wajib untuk melakukan pembayaran melalui MyPay
Agensi Disatukan
Kesemua Agensi-Agensi Kerajaan yang berada di dalam MyPay akan dipaparkan di bawah satu platform.
MyPay menggabungkan Agensi Kerajaan Malaysia sekaligus dengan tujuan memberikan kemudahan kepada pengguna untuk membuat semakan status, pencarian maklumat dan pembayaran dalam talian
Akses akaun MyPay anda pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada.
Sejarah transaksi pembayaran melalui MyPay disediakan untuk rujukan anda.
Anda boleh membuat tetapan peringatan pembayaran bulanan di dalam akaun MyPay anda.
MyPay mempunyai sistem sekuriti yang kukuh untuk menyimpan maklumat anda bersama Agensi Kerajaan dengan selamat.